Rancangan TVTV

All Stars Gegar Vaganza Tampilkan Tiga Pengacara… Nabil Ahmad & Elly Mazlein Kekal, Jihan Muse Buat Kemunculan Semula

Program All Stars Gegar Vaganza menyaksikan kelainan apabila menampilkan tiga orang pengacara iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Perkara tersebut telah diumumkan menerusi siaran langsung yang berlangsung untuk minggu pertama pada malam ini.

Dengan pengumuman tersebut bermakna hasrat peminat untuk melihat Jihan kembali mengacarakan program berkenaan akhirnya terlaksana.

Sebelum ini imbul desas-desus pengacara GV iaitu Jihan Muse tidak akan kembali untuk musim kesepuluh ini susulan info program Astro menunjukkan dua nama pengacara akan tampil sebagai pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Untuk rekod, Jihan dan Nabil merupakan pengacara bagi Gegar Vaganza bermula musim pertama sehingga musim kelapan.

Namun begitu, pada musim kesembilan, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina menggantikan Jihan memandangkan dia ketika itu baru sahaja melahirkan anak keduanya pada awal September 2022. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button