Cerita ArtisHiburan

Altimet Jelajah Pusing Tujuh Negeri Untuk Bawa ‘Air’

Penyanyi Altimet singgah ke tujuh lokasi terpilih untuk mempersembahkan lagu-lagu daripada album terbaharunya, Air secara langsung kepada peminat di seluruh Malaysia.

Menerusi Jelajah Air Altimet itu, penyanyi rap itu akan menghiburkan peminat secara langsung sebelum mengundurkan diri secara rasmi pada November tahun ini.

Pemenang Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu Terbaik Ke-32 (AJL32) ini dijangka akan mempersembahkan lagu-lagu daripada album Air seperti Bunga dan Mambang yang sudah semakin mesra di telinga peminat dan beberapa lagu hitsnya yang terdahulu.

Antara tujuh negeri terpilih itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Pahang, Melaka dan Selangor. Konsert jelajah yang sudah bermula sejak semalam itu memilih Amanjaya Mall sebagai lokasi pertamanya.

Peminat boleh mendapatkan album fizikal Air yang direka eksklusif oleh Kongsi Design di setiap lokasi dengan harga promosi RM25.00. Album edaran Warner Music Malaysia ini sudah pun tersedia di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button