Cerita ArtisHiburan

Alya Iman Sudah Putus Cinta Dengan Duda Anak Dua, Hubungan Masih Kekal Sebagai Sahabat

Pelakon yang semakin meningkat naik, Alya Iman memberitahu hubungan cintanya bersama seorang duda anak dua, Ridhwan Rosli sudah pun berakhir.

Alya yang juga anak kepada Allayarham Azmil Mustapha berkata, buat masa ini hubungannya dengan jejaka berkenaan masih kekal sebagai sahabat.

“Sekaran ni memang saya dan Ridwan dah tiada lagi ikatan cinta, cuma masih lagi bersahabat. Kami mengambil keputusan untuk berpisah ketika bulan puasa yang lalu.

“Walapun single, namun saya not available sebab saya nak fokus dengan karier seni dahulu dan enggan memikirkan pasal cinta,” jelasnya.

Alya berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, Alya pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang juga berstatus suami orang.

Namun begitu, pertunangan berkenaan diputuskan apabila tidak diketahui dan dipersetujui isteri ahli perniagaan berkenaan dan kemudian Alya menjalinkan hubungan cinta dengan duda berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan mengakui masih lagi mendapat kecaman netizen gara-gara kontroversi tentang hubungannya dengan ahli perniagaan berkenaan sehingga digelar perampas atau ‘gold digger’.

“Tidak dinafikan sehingga kini masih ada orang yang cakap buruk tentang diri saya, malah memberikan saya dengan pelbagai gelaran.

“Bagaimanapun, saya terima semua kecaman dengan hati terbuka. Biarlah apa orang nak cakap pasal saya, yang penting saya anggap semua yang terjadi itu ada hikmahnya,” ujarnya.

Mengenai wataknya dalam filem 7 Minggu Sebelum Kahwin, Alya memegang watak sebagai Natasha yang juga bekas kekasih kepada Amar lakonan MK K-Clique.

7 Minggu Sebelum Kahwin akan ditayangkan di saluran Astro First pada 7 Julai 2022. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button