Cerita ArtisHiburan

Aman RA Kolaborasi Dengan Altimet & Noh Salleh Untuk ‘Berada’

Penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Aman RA kembali dengan single terbaharu berjudul Berada. Yang menariknya, menerusi single kali ini, dia berkolaborasi dengan dua penyanyi terkenal, Altimet dan Noh Salleh.

Lagu ini menggabungkan perjalanan hidup ketiga-tiga penyanyi ini yang berbeza latar belakang tetapi mereka tetap bersyukur dengan setiap cabaran dan setiap ajaran yang dilalui mereka sepanjang berkecimpung dalam bidang seni.

Berada dicipta oleh komposer Navigator dan lirinya pula merupakan hasil nukilan Altimet, Noh Salleh dan Aman RA.

Muzik video Berada yang diarahkan Syed Muhamad Hanif Syed Sofi kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube AmanRaVevo selain single ini sudah boleh dimuat naik menerusi semua aplikasi penstriman muzik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button