Cerita ArtisHiburan

Ammar Alfian Mohon Maaf, Enggan Komen Lagi Hal Rumah Tangga

Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas isterinya, Nelissa Nezam memuat naik entri di Instagram mendakwa aktor itu bermain kayu tiga ketika dia sedang sarat hamil enam bulan.

Ammar menerusi Instagramnya, hari ini menyatakan ini merupakan kenyataan terakhirnya berhubung isu yang melanda rumah tangganya kerana selepas ini mahu memberikan fokus terhadap kelahiran anak lelakinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Fokus saya adalah pada anak lelaki saya yang bakal lahir. Tiada benda lain yang penting. Saya dah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri tetapi isteri mahu memalukan saya pada khalayak ramai. Saya takkan main permainan dia.

“Seperti mana yang saya pernah beritahu sebelum ini, kamu semua tak boleh faham dan tak mahu dengar belah pihak saya, jadi buat apa saya perlu jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, Nel isteri saya, ibu bapa saya dan ibu bapanya tahu.

“Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah. Saya sudahpun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya, tapi ini hukuman yang saya dapat daripada dia. Saya redha dan terima kerana ini semua dari Allah.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini, pada semua saya meminta maaf, saya pendosa dan saya percaya Allah akan memaafkan hambaNya yang datang padaNya. Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini, harap dia berpuas hati setelah motifnya tercapai.

“Ini merupakan post saya yang terakhir tentang isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya. Saya harap perjalanan hidup saya lebih tenang dan dekat pada Allah selepas ini. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih,” tulisnya di Instagram.

Nelissa sebelum ini mendedahkan kecurangan Ammar malah dia turut memuat naik perbualan mereka di aplikasi Whats App yang membicarakan tentang isu tersebut.

Hasil pemerhatian, Ammar dilihat telah memadam gambar isterinya di laman Instagram miliknya dan begitu juga sebaliknya.

Ammar dan Nelissa berkahwin pada 6 Mac 2016 dan mereka kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung yang bakal dilahirkan pada Ogos ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button