Cerita ArtisHiburan

Ammar Tak Sabar Timang Anak, Isteri Respon Dengan ‘Perlian’

Hubungan pelakon Ammar Alfian dan isteri, Nelissa Nezam mengalami krisis apabila pelakon itu dikhabarkan curang ketika isterinya sarat hamil anak sulung mereka.

Baru-baru ini, Ammar ada memuat naik satu ‘posting’ di Insta Stories menunjukkan yang dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata sulungnya itu.

“Tidak kira betapa besar atau jahatnya anda, apabila anak anda yang berusia dua tahun hulurkan telefon mainan, anda pasti akan berpura-pura untuk bercakap,” kongsi pelakon filem Paskal itu mengenai satu ‘quote’ yang menarik perhatiannya.

Tidak lama selepas itu, Nelissa yang merupakan seorang model memuat naik berkongsi petikan kata-kata yang pernah dikeluarkan penyanyi John Legend.

“Setiap kali seorang lelaki buat suatu perkara kecil, semua orang macam kagum “Oh dia mengagumkan, seorang bapa yang baik”.

“Perempuan pula kalau buat bermacam-macam kerja, orang anggap itu memang perkara dia perlu buat. Mereka tidak pernah diraikan,” tulis petikan yang dimuat naik itu.

Nelissa mengeluarkan petikan itu selepas Ammar memuat naik quotes ‘tips for dad’ yang dikongsikannya itu.

Ammar dan Nelissa bernikah pada 6 Mac 2016 dan kini mereka sedang menantikan kehadiran bayi sulung yang dijangka dilahirkan pada bulan Ogos ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button