Cerita ArtisHiburan

Amy Search & Ahli Kumpulan Mengadap Sultan Johor, Persembahkan Cenderahati Berupa Piring Hitam Album Gothik Malam Edan

Penyanyi rock tanah air, Amy Search bersama ahli kumpulannya telah mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Amy menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Merafak Sembah Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim menerima kami mengadap Tuanku Sultan kesayangan rakyat Johor,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram @officialsultanibrahim, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search. 

Menerusi posting di Instagram berkenalan, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud, yang mana ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing. 

“Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain dari kumpulan Search,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button