
Anak Jackie Chan, Etta Ng Mengaku Lesbian
Anak perempuan pelakon terkenal Jackie Chan iaitu Etta Ng mengakui dirinya merupakan pengamal hubungan sejenis.
Hal itu didedahkannya menerusi perkongsian gambar di laman Instagram, di mana Etta, 18, memuat naik fotonya bersama kekasih dengan kapsyen, #lgbtqai #lgbt #lesbian #androgynous.
Etta merupakan anak luar nikah Jackie dengan kekasih gelapnya, Elaine Ng.
Skandal Jackie dan Elaine berlaku ketika aktor itu sudah pun berkahwin dengan Joan Lin.
Etta kemudiannya dilahirkan ketika Jackie sudah pun putus cinta dengan Elaine.
Sejak itu, Elaine membawa diri bersama anaknya dan tinggal di Hong Kong tanpa mahu dikaitkan lagi dengan pelakon bertaraf Hollywood itu.
Menerusi laporan media sebelum ini, Etta tidak pernah menganggap Jackie sebagai bapanya.
Etta mengakui dia kini sedang hangat bercinta dengan social media influencer, Andi Autumn. – KopiPlanet.com