Cerita ArtisHiburan

Anak Terkait Dengan Kontroversi Isu Penyondol, Abby Abadi Akan Jawab

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menyatakan dia akan menjawab segala persoalan terhadap kontroversi yang dipercayai membabitkan anaknya.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Abby dalam satu perkongsian di IG Story miliknya.

“Tentang Isu yang viral ini, takpa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya… nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang ni,” jelasnya. 

Sebelum ini, seorang wanita mendedahkan mengenai kisah kecurangan yang membabitkan rumah tangga dan dikaitkan dengan anak kepada pasangan pelakon.

Biarpun tidak mendedahkan nama anak pelakon berkenaan, namun dipercayai individu yang dimaksudkan adalah anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi & Norman Hakim.

Dakwa wanita itu lagi, bekas suaminya itu dikatakan mempunyai hubungan dengan gadis berusia 18 tahun, malah pernah check in di hotel bersama-sama.

Gara-gara hubungan sulit berkenaan menyebabkan dia dan bekas suami telah berpisah, meskipun baru tiga tahun berumah tangga dan memiliki dua orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button