Cerita ArtisHiburan

Andi Bernadee Tampil Dengan Single Penat, Kembali Ke Rentak Balada

Andi Bernadee merupakan penyanyi yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat industri seni Malaysia.

Walaupun kerjaya seninya baru berusia tiga tahun, penyanyi yang mesra disapa sebagai Andi ini berjaya menempatkan dirinya sebagai antara penyanyi lelaki popular pada masa kini. 

Memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017, popularitinya mula naik mendadak apabila Andi membadai industri muzik Malaysia dengan  lagu hits ‘Satu Peluang’, ‘Donde’ dan ‘Shimmy’ yang mengetengahkan genre reggaeton.

Lagu-lagu popularnya ini bukan sahaja menjadi siulan ramai malah berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Meskipun lebih dikenali dengan muzik reggaeton, Andi kini berjaya merealisasikan hasratnya untuk menyajikan kelainan menerusi single ketujuhnya berjudul Penat yang membawakan rentak balada.

Menariknya, kali terakhir Andi mempertaruhkan lagu balada menerusi single pertamanya Tiada Lagi Maaf.

> Baca: Fedtri Yahya Terlibat Dalam Kemalangan, Alami Kecederaan Di Muka

Penat merupakan ciptaan Andi sendiri bersama komposer Nur Iman dan Efry Arwis. Berbeza lagu balada yang berada di pasaran muzik tempatan ketika ini, Penat cuba mengetengahkan rentak balada yang berbeza.

Mengulas tentang taruhan terbaharunya ini, Andi berkata, “Walaupun saya berjaya menempa nama melalui muzik reggaeton, namun kali ini saya nekad untuk untuk mempertaruhkan lagu balada pula.

“Saya mahu keluar daripada zon selesa dan ingin mempelbagaikan lagi jenis muzik dalam karya saya. Memang ini bukan kali pertama saya membawakan lagu berentak balada, namun karya kali ini mempamerkan jenis balada yang berbeza dan lebih sesuai dengan citarasa muzik saya.

“Sudah tentu saya berharap lagu ini mendapat sambutan positif pendengar walaupun ianya berbeza daripada lagu-lagu hits saya sebelum ini. Lagu ini saya tuju khas buat para peminat yang setia menyokong saya selama ini. Saya tidak akan pernah penat menghasilkan karya-karya terbaik untuk mereka,” jelasnya.

Menurut Andi, video muzik rasmi Penant juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini.

Single Penat hasil terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 16 September.

Untuk video muzik rasmi Penat boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula pada tarikh sama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button