AntarabangsaHollywood

Angelina Jolie Emosi Ditanya Tentang Penceraian

Biarpun sudah setahun Angelina Jolie dan Brad Pitt mengambil keputusan untuk bercerai, masih banyak lagi persoalan yang timbul mengenai perkara berkenaan.

Namun begitu, Angelina yang ditanya tentang isu penceraiannya itu oleh wartawan ternyata kelihatan agak beremosi.

Ternyata dia dilihat hilang sabar apabila ditanya tentang Brad Pitt yang sudah tidak bersamanya lagi sepanjang proses penceraian dalam sebuah program televisyen baru-baru ini.

Seorang wartawan bernama Juju Chang telah membangkitkan pertanyaan mengenainya, tetapi Angelina dengan tegas menolak untuk menjawabnya. Malah, apabila ditanya tentang kesihatannya, aktres berusia 42 tahun itu dilihat masih beremosi.

“Saya dalam keadaan yang cukup baik, anak-anak saya pun sihat. Saya sihat!” tegasnya dalam suasana yang tidak menyenangkan dalam program tersebut.

Angelina Jolie dan Brad Pitt sudah setahun tidak lagi bersama setelah masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah.

Menurut sumber, ketika ini Angelina hanya mahu menjawab soalan yang berkaitan dengan filem terbaru arahannya berjudul First They Killed My Father: A Daughter Of Cambodia Remembers.

Bagaimanapun, seorang veteran dalam dunia penyiaran menyatakan bahawa aktres itu tidak wajar bersikap sedemikian.

“Adalah sesuatu yang agak mustahil sekiranya dia tidak tahu akan ada yang akan bertanya tentang perkara tersebut dan Juju hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wartawan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button