PopularViral

Angkara Cemburu, Janda Usia 48 tahun Dibunuh Teman Lelaki Muda

Kalau sudah cemburu, nyawa pun boleh melayang. Itu juga nasib yang menimpa seorang janda di satu daerah di Indonesia yang maut angkara cemburu.

Dia dikatakan dibunuh oleh teman lelakinya setelah membuat panggilan video dengan lelaki lain sebelum itu.

Suspek yang dikenali dengan nama Wendi Hariadi, 25, ditangkap setelah membunuh teman wanitanya yang dikenali dengan nama Suguanti, 48.

Menurut laporan media tempatan, mangsa dibunuh angkara menjawab panggilan video daripada lelaki lain yang berlaku dihadapkan suspek.

Menurut Ketua Polis Labuhan Batu, AKBP Anhar Arlia Rangkuti, suspek dikatakan tidak dapat menerima tindakan teman wanitanya yang membuat panggilan video bersama lelaki lain sebelum bertindak membunuhnya.

Kejadian berlaku di rumah mangsa di Kampung Ulumahuam, Daerah Silangkitang kira-kira jam 12.15 pagi.

Pihak polis percaya lelaki berkenaan sudah merancang untuk bertindak sedemikian memandangkan dia datang semula ke rumah berkenaan untuk mencekik dan menekup mulut serta hidung mangsa menggunakan bantal sehingga meninggal dunia.

Suspek dipercayai turut membawa lari barangan berharga mangsa termasuklah sebuah telefon bimbit.

Sebaik sahaja menerima laporan, pihak polis bertindak mencarinya dan dia ditangkap tidak jauh daripada kawasan berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button