Cerita ArtisHiburan

Aniq Suhair Manfaatkan Tempoh PKP Jadi Sukarelawan, Bertugas Di Zon Merah Bantu Frontliners

Pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Aniq Suhair memanfaatkan tempoh PKP dengan menjadi sukarelawan di pusat penilaian pesakit Covid-19 di Stadium Titiwangsa.

Aniq berkata, dia sendiri tidak menyangka akan terpilih dan ditugaskan untuk bertugas di zon merah.

“Semua secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan MCO kali ini dengan menjadi sukarelawan. 

“Aniq tak sangka terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah CAC ( covid assessment centre ) di Stadium Titiwangsa,” ujarnya.

Ujarnya, ketika bertugas dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gugupnya.

“Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa nervous, takut dan tak sabar at the same time, alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik, tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir.

“Aniq cuma mampu memberi kata semangat dan menceriakan mereka semasa mengambil Vital Sign & SP02. Dengan keadaan kes yang makin meningkat, mari kita sama sama meringankan beban frontliners.. Kita jaga kita,” ujarnya.

Menurutnya, dia mengambil peluang ini sebagai cara membantu para frontliners. 

“Dalam keadaan sekarang yang tenat, jumlah kes yang tinggi, tentu para frontliners pun sama terkesan dari segi mental dan fizikal. 

“Ada yang cakap takut berhadapan dengan pesakit covid, tapi bagaimana pula dengan frontliners yang setiap hari menggalas tugas dan merisikokan diri merawat mereka? mereka tak ada pilihan selain harus kekal bertugas,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button