EventHiburan

Anonymoz Gaming Anjur Pertandingan E-Sukan ‘Mobile Legend: Anonymoz Merdeka Challenge’ Sempena Hari Kemerdekaan

Ketika ini E-Sukan merupakan sesuatu yang bukan lagi asing lagi di Malaysia, malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan E-Sukan semakin pesat dan telah mendapat sokongan daripada kerajaan melalui dana-dana yang telah diperuntukkan.

Justeru itu, Anonymoz Gaming, sebuah organisasi E-Sukan yang diterajui oleh seorang anak muda berusia 25 tahun iaitu Muhammad Haikal Mohd Fauzi ataupun dikenali sebagai Ben Haikal, juga tidak mahu terlepas meceburkan diri dalam pembagunan E-Sukan.

Dengan membawa visi Menjadi salah satu organisasi E-Sukan terkemuka di peringkat Antarabangsa, Anonymoz Gaming ini mensasarkan anak muda yang ingin mengembangkan bakat mereka di dalam industri E-Sukan.

Organisasi ini berharap, dengan adanya program- program sebegini, ia bukan sahaja mampu mengembangkan karier E-Sukan anak muda dan memajukan industri E-Sukan Malaysia, diharap juga mampu mengelakkan anak muda daripada terjatuh ke kancah aktiviti yang tidak sihat seperti dadah, lumba haram dan sebagainya.

Oleh itu, dengan mengambil kira Sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini, dan dengan bertujuan untuk memupuk semangat patrotisme dikalangan anak-anak muda di Malaysia, Anonymoz Gaming akan menganjurkan pertandingan E-Sukan yang diberi nama ‘Mobile Legend: Anonymoz Merdeka Challenge’.

“Idea ini saya dapat ketika berbincang secara maya bersama beberapa orang wakil daripada pihak hiburan. Selama ini saya lihat organisasi E-Sukan ini selalu bergerak secara solo tanpa bergandingan dengan mana-mana industri lain di Malaysia.

“Jadi, selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk dari akibat Pandemik Covid-19 ini, dimana kebanyakan artis telah terkesan, saya berpendapat tidak ada salahnya sekiranya saya mencuba sesuatu yang baru dimana E-Sukan digandingkan dengan elemen hiburan,” jelasnya.

Menurutnya, tidak seperti pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sebelumnya, pertandingan kali ni mebawa sedikit kelainan di mana penganjur akan membawakan dua artis tempatan iaitu Apak Harry Khalifah atau dikenali sebagai Apak dan Syafiq Farhain.

Ujarnya, kedua-dua artis tersebut akan membuat persembahan secara langsung semasa acara pembukaan di mana Apak dan Syafiq akan menyanyikan sebuah lagu patriotik.

“Saya berharap dengan usahasama ini mampu menjadikan trend setter untuk pertandingan-pertandingan E-Sukan yang lain secara tak langsung mampu membantu antara satu sama lain dalam menghadapi wabak pandemik ini,” ujarnya.

Untuk pertadingan kali ini, ia akan dilakukan sepenuhnya secara maya dan terdapat lebih dari 128 pasukan yang akan terlibat bukan sahaja daripada Malaysia, malahan dari Myanmar dan Indonesia.

Peringkat saringan akan bermula pada 29 Ogos 2021 dan akan dijalankan secara offlineSiaran secara langsung melalui media sosial facebook dan Youtube hanya akan dimulakan ketika pertadingan sudah memasuki playoff stageHadiah pool bernilai RM2,000.00 akan menjadi rebutan untuk dimenangi oleh semua pasukan yang terlibat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button