EventHiburan

Anuar Zain Kembali Gegarkan Peminat Kota Singa 26 Oktober Ini

Setelah tiga tahun tidak menjayakan persembahan di Singapura, penyanyi terkenal Anuar Zain sekali lagi bakal menggegarkan peminat di negara seberang Tambak itu pada Oktober ini.

Konsert yang dianjurkan Hype Records itu akan menyaksikan persembahan bertenaga daripada penyanyi itu yang akan menghidangkan peminat setianya dengan seleksi lagu-lagu nyanyiannya sejak Anuar mula berkecimpung dalam dunia seni lebih tiga dekad lalu.

Kredibiliti Anuar yang juga penyandang trofi Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 dalam menyampaikan persembahan penuh romantis tidak perlu dipertikaikan lebih-lebih lagi dengan koleksi lagu balada membuai jiwa nyanyiannya seperti Keabadian Cinta, Lelaki Ini, Sesucinya Cintamu dan Sedetik Lebih.

Konsert Cinta Takkan Berakhir Live in Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober bermula jam 8.30 malam di The Start Theatre, The Star Performing Arts Centre.

Tiket-tiket berharga dari SGD $98, $128, $158, $188, $228 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC) boleh didapati di semua outlet SISTIC atau menerusi hotline, 63485555 serta juga boleh layari laman sesawang www.sistic.com.sg mulai 3 Ogos ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Anuar Zain

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button