Cerita ArtisHiburan

Anzalna Suka Buat Kejutan, Enggan Dedahkan Lagi Jantina Anak

Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan dia dan suami, Hanif Zaki sudah mengetahui jantina anak sulung yang bakal dilahirkan pada Jun ini.

Walau bagaimanapun, pelakon cantik ini mengambil pendekatan merahsiakan dahulu perkara tersebut kepada pihak umum termasuk ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain.

“Saya dah tahu jantina anak yang dikandung. Setakat ini hanya saya dan suami sahaja yang tahu. Ibu bapa dan adik-beradik saya pun saya tak beritahu lagi.

“Bukan apa, saya sebenarnya suka nak beri kejutan dan nak tengok reaksi mereka bila saya beritahu nanti. InsyaAllah, saya akan dedahkan jantina anak pada kenduri doa selamat yang akan diadakan nanti,” katanya kepada KopiPlanet.com

Anzalna ditemui pada majlis lantikannya sebagai duta produk kecantikan herba NR yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Anzalna, 31, yang kini sedang hamil enam bulan turut berkongi cerita dia kini semakin suka memakai bulu mata palsu sejak dirinya berbadan dua.

“Kalau dulu saya seorang yang simple dalam bergaya tapi sejak hamil, saya semakin suka pakai bulu mata palsu bila pergi mana-mana majlis.

“Selain daripada suka berhias, sejak berbadan dua pun saya jadi semakin terlebih rajin. Terlebih rajin nak pergi majlis-majlis hiburan sedangkan suami dah pesan banyakkan berehat,” ujarnya lagi.

Di kelilingi ahli keluarga yang majoritinya perempuan termasuk tiga anak saudara, Anzalna berkata bapanya mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki.

“Ayah saya memang nakkan cucu lelaki manakala keluarga belah suami pula mahukan cucu perempuan. Saya tak kisah asalkan anak yang bakal dilahirkan ini sihat,” katanya lagi.

Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 selepas sembilan tahun bercinta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button