EventHiburan

Ara Johari Gembira Impian Adakan Konsert Mini Akhirnya Tercapai

Penyanyi Ara Johari meluahkan rasa gembira apabila persembahan konsert mini A Night With Ara Johari yang diadakan di Nero Event Space, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama yang diadakan baru-baru ini berlangsung dengan meriah.

Ara berkata, dia bersyukur dan lega kerana sudah menjadi impian sejak bergelar penyanyi untuk mengadakan sebuah ‘konsert mini’ untuk menghiburkan para peminat. 

“Memang peluang sebegini adalah impian saya sejak mula bergelar artis. Rasa seperti mimpi apabila peminat yang sentiasa memberikan sokongan dapat berkumpul dalam konsert ini.

“Jadi malam ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk menghiburkan mereka semua yang tidak putus-putus menyokong kerjaya saya dari mula,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai idea untuk mengadakan konsert mini ini mula tercetus sebelum dunia diserang pandemik Covid-19 sekitar dua tahun lalu.

“Idea di sebalik projek ini sebenarnya sudah pun tercetus sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Semasa itu kami bercadang untuk mengadakan konsert saya yang pertama dalam skala kecil, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia,” katanya.

Dalam pada itu, sejak bergelar penyanyi sekitar enam tahun lalu, Ara hanya meluncurkan single untuk portfolio muziknya. Ditanya adakah hanya dengan memiliki single seseorang artis itu mampu untuk mengadakan persembahan sepertinya, Ara menjawab: “Sudah tentu.

“Tidak semestinya seseorang penyanyi yang tidak mempunyai album tidak boleh mengadakan konsert. Dan saya pun ada juga menyanyikan lagu penyanyi lain dan ia sedikit sebanyak memberikan warna berbeza dalam persembahan,” katanya.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Ara termasuklah Paku, Sudah (belum diterbitkan), Tetap Aku Cinta, I’ll Never Love Again (nyanyian asal Lady Gaga), Keliru (menampilkan Lil J), Baby (nyanyian asal Justin Bieber), Warkah Untukku, Terlarang (lagu baharu), Sumpahan Salju dan Bunga. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button