Cerita ArtisHiburan

Ara Johari Tak Rasa Terbeban Perlu Pakai Kasut Tumit Tinggi

Walaupun sering kali dikaitkan dengan imej rugged dan sedikit ‘boyish’, penyanyi Ara Johari atau nama sebenar, Nurfarrah Izzatie Johari, 22, berkata, dia sering berpakaian bersesuaian dengan tema sesebuah majlis yang dihadiri.

Menurut penyanyi lagu Warkah Untukku itu, dia tidak pernah merasa terbeban perlu menggayakan kasut tumit tinggi, biarpun mengakui lebih selesa memakai sneakers ketika hari tidak bekerja.

“Saya tidak pernah rasa terbeban pakai kasut tumit tinggi sebab bukannya saya perlu pakai hari-hari, saya pakai ketika hadiri majlis yang bersesuaian. Cumanya saya tidak selesa untuk berdiri lama-lama kalau pakai high heels, itu sahaja.

“Untuk biasakan diri, memang sekarang saya rajin pakai high heels ke majlis-majlis untuk dapat selesakan diri dan tidak janggal bila berjalan dengan kasut tumit tinggi,” katanya.

Ara berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Rocketfuel Entertainment yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Ara juga berkata buat masa ini dia selesa dengan imej rambut pendek memandangkan dia ingin mengembalikan ingatan peminat ketika di awal kemunculannya menerusi program Akademi Fantasia 2016.

“Memang ada keinginan nak kembali berambut panjang tapi buat masa ini saya masih lagi mengekalkan imej berambut pendek.

“Ada sebab kenapa saya masih berambut pendek sebab saya nak kekalkan imej ketika saya keluar dengan single pertama Warkah Untukku sebaik keluar daripada Akademi Fantasia,” katanya.

Ara kini tampil dengan single raya berjudul Sempurna Seadanya berkolaborasi dengan Sufi Rashid, Usop dan Masya Masyitah.

Bakal beraya di kediaman keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ara telah memperuntukkan sejumlah wang untuk diberikan kepada peminat cilik yang bakal beraya kelak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button