Cerita ArtisHiburan

Ardell Aryana Kini Sertai Perniagaan Penanggal Bulu Hairy Mary

Pelakon Ardell Aryana kini meluaskan lagi perniagaannya apabila menjadi rakan kongsi kepada perniagaan penanggal bulu di bawah jenama Hairy Mary.

Menariknya, Ardell menjadi rakan kongsi kepada Dr Por Yan Sheng untuk cawangan ketiga Hairy Mary yang baru sahaja dibuka di Publika, Hartamas.

Menurutnya, tawaran yang diterima daripada Dr Por yang juga bapa saudaranya itu selaku pengasas Hairy Mary adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

“Bapa saudara saya mula mencetuskan idea untuk memulakan pusat penanggal bulu sejak empat tahun yang lalu. Beliau sedar yang sebenarnya bahawa tidak banyak pusat seumpama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan profesional.

“Selain daripada itu permintaan untuk rawatan tersebut di kalangan masyarakat kita juga semakin meningkat. Sejak itu, beliau berusaha mencari teknologi dan rawatan yang paling sesuai serta efektif untuk menanggalkan bulu,” ujarnya.

Hairy Mary diasaskan oleh Dr Por Yan Sheng sejak 10 Oktober 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City. Dr Por yang juga merupakan pakar estetik memulakan kerjayanya sejak lima tahun dahulu dengan membuka YS Clinik yang memberi perkhidmatan seperti pico laser, rawatan pigmen, membuang parut dan lain lain.

Tanpa perlu bergelut dengan kesakitan seperti menggunakan waxing, Hairy Mary selaku pusat penanggal bulu profesional memberi alternatif terbaik sekali gus mempraktikkan cara tanpa sakit.

Sementara itu, Dr Por menjelaskan idea untuk memulakan pusat penanggal bulu tercetus sejak empat tahun yang lalu apabila menyedari bahawa tidak banyak pusat seumpama itu di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan profesional.

“Kami memilih Ardell Aryana kerana beliau berkongsi visi dan misi yang sama dengan syarikat kita. Beliau mempunyai semangat pasukan yang tinggi, kreatif dan sangat berdedikasi. Kita percaya beliau akan banyak membantu hairy mary.

“Pada pendapat kami, cabaran utama adalah untuk sentiasa menyampaikan konsistensi dalam hasil rawatan kami dan sentiasa ke depan berbanding pesaing lain. Kami percaya ia dapat dicapai melalui penggunaan dan penyesuaian teknologi terkini untuk memenuhi keperluan industri dan klien kami,” ujarnya.

Jelasnya, belum pun setahun, Hairy Mary sudah membuka tiga cawangan termasuk di mid valley dan baru baru ini dengan cawangan ketiga di Publika Hartamas.

Bersempena dengan pembukaan rasmi cawangannya di publika, Hairy Mary memberi promosi untuk satu tahun rawatan hair removal (bahagian terpilih ) dengan hanya RM118 sahaja, selain turut menawarkan diskaun hebat hingga 70 peratus.

Bagi yang ketinggalan pelancaran promosi berkenaan, Hairy Mary turut menawarkan promosi setahun untuk harga RM398, promosi hujung tahun dan banyak lagi.

*Info tambahan

– Hairy Mary menggunakan teknologi THOR light laser yang berasas dari Korea, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum.

– Thor light berfungsi pada semua jenis kulit dan rambut. Ia tidak seperti IPL, yang kurang berkesan Dan mempunyai lebih komplikasi pada rambut gelap dan kasar.

– Dr Por telah meneliti berpuluh puluh teknologi di pasaran, dan akhirnya memilih thor light sebab ia adalah yang paling efektif dan sesuai untuk masyarakat asia mengikutnya.

– Apa yang membezakan Hairy Mary dari yang lain adalah ia memberi 100 peratus perhatian kepada rawatan penanggal bulu secara kekal dengan memberi hasil rawatan yang berkesan dan efektif, fokus dan dedikasi untuk selalu meningkat dan menghasilkan teknologi yang terkini adalah penentuannya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button