FesyenGaya Hidup

ARIANI Tampil Dengan Koleksi Terbaharu Bertemakan ‘1001 Tales Of Ariani’ Sempena Lebaran 2024

ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Cntre.

Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 tetapi juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mence- mar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip dalam ucapannya menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI.

Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam.

Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna,menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

Lebih istimewa lagi, kesemua koleksi tudung ARIANI LEBARAN 2024 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa.

Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button