
Arrian & Andra Bakal Dapat Adik, Tomok Umum Isteri Hamil
Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 35, hari ini mengumumkan di laman Instagram miliknya mengenai perkhabaran isterinya, Rahayu Abas yang kini sedang hamil anak ketiga mereka.
Tomok berkongsikan foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan isterinya positif hamil beserta usia kandungan tersebut.
“Bismilahirahmanirahim..Alhamdulillah, satu berita gembira untuk kami sekeluarga. Ayah doakan dibu dipermudahkan segalanya. Arrian dengan Andra nak dapat adik! Yeayy, Alhamdulillah terima kasih Allah,” tulis penyanyi tersebut.
Tomok mendirikan rumah tangga dengan isterinya, seorang bekas pramugari pada 1 Julai 2011 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 7, dan Andrashah Iman, 5.
Isteri Tomok sebelum ini pernah melahirkan hasrat ingin menimang cahaya mata perempuan pada sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh pada Julai lalu. – KopiPlanet.com