Cerita ArtisHiburan

“Artis Kita Nak Promo Filem Sendiri Pun Malaih” – Hj Zil Terkilan Sikap Pelakon Sukar Promosi Filem Lakonan Sendiri

Penerbit Haji Md Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Hj Zil meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pelakon yang sukar untuk mempromosikan filem lakonan sendiri.

Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh Hj Zil menerusi akaun Instagram miliknya.

“@beingsalmankhan hari-hari promo filem dia. Artis kita nak promo filem sendiri pun malaih. 

“Katanya kotoq IG macam la hang tu duta projek juta-juta. Kadang artis malaysia ni bodoh,” luahnnya.

Ujarnya lagi, dia turut rasa meluat dengan kerenah artis-artis yang bersikap sedemikian.

“Depa tak tau if drama ke filem depa ka meletop  yang dapat job banyak yang harga naik depa. Meluat dgn kerenah artis artis mcm ni,” jelasnya.

Ketika ini, filem pertama terbitannya iaitu Seandainya Kau Ada sedang ditayangkan di saluran Astro First. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button