Gosip PanasHiburan

Panas… Pelakon Lelaki Kaki Stone???

Baru-baru ini Cik Kopi berkesempatan lepak dengan seorang pengarah yang tidak kurang juga popularnya. Biarpun baru kenal dengan pengarah ni beberapa bulan lalu, namun hubungan kami kini semakin akrab.

Jadi bila sempat lepak bersama-sama untuk berbincangan mengenai hal ehwal kerja, banyak jugaklah cerita-cerita hangat yang disampaikan oleh pengarah ni.

Salah satunya, dia meluahkan rasa geram dan tidak puas hati terhadap sikap seorang pelakon lelaki ni. Nak kata popular, Cik Kopi rasa pelakon ni mungkin lebih popular dengan kontroversi yang berlaku kepada empunya diri.

Luah teman pengarah tu, dia geram dengan pelakon ni kerana sering menyusahkan pihak produksi kerana sikapnya yang kaki stone sehingga terbawa-bawa masa penggambaran berlaku.

“Aku memang tak tahan dengan perangai dia ni. Disebabkan perangainya yang kaki stone, nak berlakon pun tak boleh. Macam mana nak menghayati watak kalau kepala tengah tak betul.

“Adakalanya penggambaran terpaksa ditundakan sebab dia tak boleh nak berlakon sebab tengah stone. Gara-gara perangai dia ni buat produksi boleh jadi rugi!” luahnya.

Sebenarnya Cik Kopi tak terkejut pun dengan sikap pelakon lelaki yang dimaksudkan itu. Sejak mula masuk dalam industri, dia memang terkenal dengan artis yang bermasalah walaupun sering kali kata nak berubah.

Sampaikan ada teman wartawan Cik Kopi berkata, setiap tahun bila interview pelakon itu asyik kata nak berubah sikap. Hakikatnya, tiada langsung perubahan yang nak dilakukan terhadap dirinya.

Selain kaki stone, pelakon yang sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata itu juga pernah bergaduh dengan pengurusnya. Malah, pernah hampir bertumbuk dengan pembantu peribadi sendiri.

Yang hairannya, walaupun kontroversi demi kontroversi yang melanda pelakon ni termasuk sering bermasalah di lokasi penggambaran, namun masih ada penerbit yang nak ambil dia berlakon.

Mengenai pelakon ni, Cik Kopi pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Sayang dengan bakat lakonan yang ada, tapi kalau perangai masih tak berubah memang tak guna jugak kan!

Cik Kopi: Dengarnya ada pelakon wanita yang suka dengan suami orang, walaupun dah ada kekasih hati.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button