Cerita ArtisHiburan

Ashira Aziz Tegaskan Bukan Dia Yang Komen Gambar Di Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi Ashira Aziz menegaskan bahawa dirinya bukanlah individu yang memberikan komen di Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza di sebuah gambar yang dimuat naik Instagram.

Ashira berkata, dia sendiri tidak mengetahui mengenainya sehinggalah ramai yang bertanya kepada mengenai perkara berkenaan.

“Salam semua gara-gara nama ni komen dekat post @ctdk saya yang kena. Bukan saya ya Allah, saya tak tau apa-apa cerita.

“Semalam satu hari busy rakaman GV Raya. Tiba-tiba hari ni orang sebut-sebut DM bagitau saya… Allah apa salah saya,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang individu yang menggunakan nama @ashiraaziz__ telah memberi komen mengenai gambar bihun yang dimuat naik penyanyi nombor satu itu.

Namun begitu, gambar tersebut bukanlah bihun goreng, sebaliknya ia adalah gambar butter prawn yang menjadi salah satu hidangan di sebuah majlis baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ashira sebenarnya menggunakan nama @ashiraaziz untuk akaun Instagram miliknya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button