
Ashira Dedah Ada Individu Tak Dikenali Mesej Ajaknya Berkahwin
Memegang status sebagai seorang janda sejak lima tahun lalu ternyata memberi cabaran yang tersendiri buat penyanyi Ashira.
Selain menjadi antara peserta tumpuan dalam saingan Gegar Vaganza 7 (GV7) dan semakin dikenali ramai, ternyata Ashira juga ‘mencuri tumpuan’ segelintir lelaki yang ingin mendekati dirinya.
Ashira mendedahkan bahawa selain namanya mula menjadi sebutan, dia juga mendapat mesej-mesej daripada individu yang ingin mengajaknya berkahwin.
“Memang banyak DM (mesej) yang saya dapat menerusi Instagram dan Facebook. Sampai ada yang cakap ‘awak janda saya duda… apa lagi yang awak nak’.
“Selain itu, siap ada juga yang bagi nombor telefon mereka kepada saya dan ajak saya keluar sebab nak kenal-kenal,” jelasnya.
Ditanya mengenai reaksinya terhadap mesej-mesej sebegitu yang diterima, Ashira menyatakan dia sekadar membacanya sahaja dan tidak membalas mesej-mesej berkenaan.
“Saya tengok juga individu-individu berkenaan, tetapi kebanyakannya ramai yang dah tua-tua.
“Bukanlah saya terlalu memilih, cuma saya ni dah boleh jadi pangkat anak kepada mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ashira berkata buat masa ini dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti.
“Mungkin sebab dah terlalu lama single dan bersama dengan anak sahaja, tak terfikir nak cari dan hati pun belum terbuka lagi,” ungkapnya.
Sementara itu, untuk saingan minggu ke-6 GV7, Ashira akan menyanyi secara duet bersama Mark Adam iaitu lagu yang dipopularkan oleh Amy Mastura. – KopiPlanet.com