Rancangan TVTV

Astro Meriahkan Sambutan Aidilfitri Dengan 270 Program Hebat Di Semua Rangkaian Platform

Biarpun sambutan Aidilfitri tahun ini masih lagi diraikan dalam suasana pandemik Covid-19, ia bukanlah halangan untuk ia diraikan menerusi norma baharu.

Menariknya, Astro sendiri tidak ketinggalan untuk menyediakan pelbagai rancangan yang menarik untuk hiburan pelanggan mereka.

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, keadaan yang berlaku ketika ini tidak sedikit pun melunturkan semangat buat mereka mencari ruang penambahbaikan bagi memastikan pelan inisiatif kandungan strategik yang dirangka secara holistik mampu memberi impak hingga terus ke hati segenap pelanggan Astro.

“Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Buka Lembaran Baharu’ telah dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2021.

“Elemen tersebut membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik,” ujarnya,

Jelas Azlin, dengan inspirasi tersebut, pengisian Syawal tahun ini bakal disemarakkan dengan himpunan lebih 270 program-program hebat di semua rangkaian platform Astro termasuklah televisyen, radio dan digital.

Menurut beliau, sebanyak 229 buah rancangan televisyen baharu pelbagai genre bakal disajikan di saluran-saluran Melayu Astro. Manakala stesen-stesen yang bernaung di bawah Astro Radio juga akan memperluaskan lagi penyampaian mesej ‘Buka Lembaran Baharu’ menerusi segmen yang dikeudarakan.

“Tidak ketinggalan Gempak, Ria X, Rojak Daily dan SYOK juga telah memperbanyakkan pengisian yang seiringan dengan kempen ini di platform digital,” ujarnya.

“Bagi peminat karya premium, filem-filem terbaharu turut dibawakan terus ke pawagam rumah anda menerusi platform Astro First dan Astro Best untuk dilanggan. Rocketfuel Entertainment juga hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi dua buah lagu raya pada tahun ini,” jelasnya.

Sementara itu, iklan komersial terbitan Astro juga merupakan antara pengisian utama yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali Syawal menjelma.

Ujar beliau, jika tahun lepas mereka hadir dengan genre animasi, tahun ini mereka kembali memilih naskhah pendek yang cukup dekat dengan hati masyarakat zaman sekarang. 

“Menerusi kisah ‘Singkap Dari Tingkap’, konsep jendela telah diangkat sebagai nadi kepada penceritaan kali ini bagi meneruskan kesinambungan tema ‘Buka Lembaran Baharu’.

“Plot twist kisah ini juga sarat dengan mainan emosi serta penuh dengan iktibar. Semoga kisah kali ini sekali lagi diterima baik dan mampu memberikan kesan yang mendalam seperti iklan-iklan komersial yang pernah diterbitkan sebelum ini,” ujarnya.

Pada masa sama, sebagai tanda penghargaan, pelbagai tawaran menarik menanti para pelanggan sepanjang musim perayaan ini menerusi program kesetiaan pelanggan ‘Astro Rewards’ serta promosi eksklusif di Go Shop

“Selain itu, kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi aktiviti CSR yang telah pun direncanakan menerusi program ‘Astro Bersama McDelivery Berbakti’,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button