Rancangan TVTV

Astro Sajikan Pelbagai Rancangan Menarik Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Menerusi ‘Astro 25’ Di Saluran 100

Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama mendasari kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini, sejajar dengan sambutan ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100, yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau, judul-judul terkini, filem-filem pecah panggung, dan seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, berkata, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan pastinya ia cukup istimewa dan tema yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud adalah lebih kuat dan baik bersama serta mencerminkan segala nilai dalam kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar.

“Tahun ini Astro berusia 25 tahun dan kami akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman terhebat seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix. Kami akan terus mencipta tanda aras baharu dalam menerbitkan program-program tempatan terbaik dan rancangan siaran langsung demi menghiburkan rakyat Malaysia. 

“Di saat kita mengimbas kembali 25 tahun Astro berkhidmat kepada pelanggan yang mana termasuklah ketika kita memperkenalkan siaran HD yang pertama, 3D dan 4K UHD, membawakan tayangan pawagam yang pertama di rumah anda, Astro First, saluran sukan tempatan pertama di rantau ini yang bersiaran secara berterusan selama 24/7 dan banyak lagi, kami sesungguhnya berbangga kerana menjadi sebahagian dari hidup ramai di antara anda di luar sana,” ujarnya.

Jelas beliau, Astro juga menjuarai segmen pendidikan, mengangkat acara sukan tempatan dan para atlet di pentas dunia, meletakkan satu tanda aras yang tinggi untuk program-program tempatan, mencungkil bakat dan melahirkan bintang-bintang terhebat tanah air dan menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersinar dan merealisasikan impian dan potensi mereka.

“Bakat-bakat kami seperti Nabil Ahmad, Aznil, Zizan, Remy, Hui Min, Denesh, Ean dan Arnold, serta Chiu Keng Guan adalah di antara nama-nama mereka yang telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dan mencapai impian mereka. Seperti perumpamaan ramai, impian adalah sesuatu yang diwujudkan bersama dan tiada di antara ini yang mampu dizahirkan tanpa sokongan pelanggan di luar sana,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sejak dari 12 bulan yang lalu, Astro berjaya melakarkan kejayaan dengan meraih kutipan tertinggi di saluran Astro First menerusi filem ‘Mael Totey’, memperkenalkan drama premium tempatan megahit, ‘Projek: Anchor SPM’, melebarkan lagi sayap jenama Hantu Kak Limah dengan membawakan ‘Kampong Pisang’ dan berusaha menawan hati penonton baharu khususnya dengan drama-drama yang lebih hebat seperti ‘Scammer’ dan ‘Ratu Ten Pin’.

Ujarnya, drama di Astro Ria, ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ dinobatkan sebagai drama #1 untuk tahun 2021, dan siri-siri antarabangsa yang ditunggu-tunggu seperti ‘Zack Snyder’s Justice League’, ‘Friends: The Reunion’ dan K-drama yang menjadi bualan ramai, ‘Penthouse’.

“Sajian kandungan vernakular terus menjadi pilihan penonton dan di antara yang merekodkan pencapaian adalah seperti kandungan IP kami, program berbentuk bual bicara; ‘Evening Edition’ dan ‘Prime Talk’ dan program signature berbahasa Cina, ‘Classic Golden Melody’ serta dokumentari ‘Social Playlist’.

“Selain dari itu, drama bersiri ‘Tamiletchumy’ di Astro Vaanavil dan filem ‘Vetti Passenge’, ‘Vedigundu Passenge’ dan ‘Appalam’ turut mendapat tempat di hati peminat,” jelasnya.

‘Astro 25’ di Saluran 100 untuk semua 

Mulai 16 Ogos hingga 3 Oktober ini, semua pelanggan Astro boleh menonton ‘Astro 25’ di saluran 100 dan nikmati judul-judul terkini seperti berikut: 

  • Tanah Tumpahnya Darah Kita, sebuah dokumentari yang berkisahkan tentang seorang lelaki yang setia berkorban dalam melaksanakan tugas hakikinya sebagai tentera dan menceritakan segalanya menerusi surat kepada isteri dan keluarga tercinta. Dalam surat itu, turut dikongsikan bersama kisah-kisah tentera lain yang berani menjaga negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan adat masing-masing. Untuk menjejak kembali langkah dan setiap ujian yang perlu dilalui individu-individu berani ini, kami mengumpul sekumpulan artis muda negara termasuklah Red Hong Yi yang bersetuju untuk terlibat menjayakan tafsiran semula pengorbanan setiap tentera kita ini. 
  • We Are No Different oleh Chiu Keng Guan – ini merupakan dokumentari pertama yang mengangkat kisah ‘interracial adoption’ atau penerimaan di antara kaum di kalangan keluarga dalam negara ini yang kerap kali terlepas pandang oleh masyarakat, namun dianggap sebagai sesuatu yang normal. Kita akan berkenalan dengan Hero, Sarah, Lavinya dan Kamala yang mana mereka akan berkongsi kisah mengenai penerimaan ramai dan kekuatan cinta / sayang yang melebihi dari ikatan darah daging. 
  • Journey To Stardom yang membawa kita semua menelusuri kisah barisan selebriti kesayangan ramai dalam merealisasikan impian masing-masing. 

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai sajian menarik melebihi 150 judul yang membariskan program-program tempatan dan filem-filem serantau, seleksi rancangan realiti dan hiburan kegemaran ramai, dan banyak lagi kejutan menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem terhebat tanah air seperti ‘Ola Bola’, ‘The Journey’, ‘Paskal’, ‘Polis Evo’, dan ‘Hantu Kak Limah’, yang mana telah merekodkan kejayaan pecah panggung, melangkaui jangkaan dan impian ramai. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button