EventHiburan

Aswara Anjur Siri Bual Bicara Teater: Ada Apa Dengan Seni & Bisnes

Siri bual bicara teater adalah inisiatif Fakulti Teater, ASWARA dalam memberi nilai tambah terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan seni teater.

Justeru itu, bagi memperkasakan pengetahuan pelajar terhadap ilmu baru yang berkaitan dengan inovasi dan perkembangan terkini industri, “Program Generatif Ilmu” ini dilihat penting untuk melestarikan ilmu sebagai medium pengetahuan dengan menggunakan kaedah pengkongsian kepakaran secara mendalam atau generatif di bidang teater.

Oleh itu, program ini akan menjemput beberapa penceramah pakar sama ada industri atau akademik yang akan terlibat secara khusus di dalam salah satu topik pengajaran untuk berkongsi pandangan dan pengalaman yang bersesuaian.

Fakulti Teater akan menganjurkan siri bual bicara ini sepenuhnya dengan menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang lakon teater/filem/TV di Malaysia.

Bagi siri kedua ini, fokus dan tumpuan program tertumpu kepada seni dan bisnes: Mendepani Cabaran dan Relevensi Anak Seni dalam industri tanahair. 

Penceramah jemputan pada sesi ini ialah Zahiril Adzim dan Amerul Affendi yang merupakan Alumni fakulti teater ASWARA serta moderator pula Ewan Fauzi juga merupakan alumni ASWARA.

Pemilihan penceramah ini bersesuaian dengan perkembangan hasil kerja seni mereka yang aktif seiring dengan bisnes yang dilaksanakan bagi kelangsungan hidup yang mencabar pada masa ini. Pelaksanaan ini akan dibuat sepenuhnya secara bersemuka dan tiada yuran penyertaan dikenakan.

Menggantikan proses pembelajaran di luar bilik kuliah dengan menjemput penceramah jemputan membincangkan isu dan topik terpilih dalam setiap kursus dan sekaligus mendedahkan pelajar kepada isu atau permasalahan sebenar mengenai kegiatan teater professional supaya mereka lebih bersedia. 

Selain itu program ini dapat memberikan nilai tambah kepada proses PdP agar pelajar tidak hanya mendapat input daripada pensyarah sahaja tetapi melalui sesi perkongsian ilmu yang terancang di dalam sesi kuliah selain membina jaringan dan hubungan artistik antara pelajar dan penggiat professional. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button