Cerita ArtisHiburan

“Asyik-Asyik Perampas Laki Orang Tapi Tak Ada Motif Kuat Untuk Dia Jadi Jahat” – Atikah Suhaime Tolak Bawakan Watak Antagonis

Pelakon Atikah Suhaimi menyatakan dia masih lagi memilih apabila setiap tawaran lakonan yang diterima, meskipun mengakui pendapatannya kini turut terkesan.

Ujar Atikah, dia menolak tawaran membawakan watak antagonis kerana melihat watak berkenaan tidak memberikan impak.

“Asyik-asyik perampas suami orang. And then pakai tudung and lemah lembut. And the reasoning is usually weak, because dia nak harta.

“Asyik-asyik perampas laki orang tapi tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat. And worse lately the keep potraying antagonist characters wearing tudung and lemah lembut,” tulisnya di Insta Story miliknya.

Menurut pelakon kelahiran Singapura itu lagi, apabila watak antagonis dipaparkan sebegitu, ia akan membuatkan orang berfikir perempuan yang lemah lembut dan bertudung tidak boleh dipercayai.

Ujarnya, perempuan yang bersikap lembut selalu menjadi mangsa buli kerana memiliki hati yang cukup lembut untuk meninggikan suara atau melukakan hati orang lain.

“Usually the scripts I get for the antagonist characters have no strong enough reason for her to be mean. You can’t be born straight mean right? There must be a strong ongoing reason. Entahlah…

“Sampailah ada motif kuat untuk seseorang jadi jahat dalam script tu, then I’ll take the antagonist character. For now, naaahhhhhh,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Atikah Suhaime

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button