Cerita ArtisHiburan

Atikah Suhaime Kongsi Video Pre-Wedding Di Instagram

Pelakon jelita Atikah Suhaime berkongsi video pre-wedding dengan penyanyi, Awi Rafael di laman Instagram semalam.

“Maaf, cinta kita bukan sejenis Cinderella story,” tulisnya di akaun media sosial.

Kedua-dua selebriti yang berasal dari Singapura ini akan mendirikan rumah tangga pada 17 Mac 2019 sempena tarikh ulang tahun kelahiran Atikah yang ke-28.

Menerusi akaun Instagram milik Atikah, ia dipenuhi dengan komen-komen peminat dan pengikut yang tidak sabar menantikan majlis perkahwinan mereka.

Sebelum ini, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay, Singapura. – KopiPlanet.com

Kredit foto :Instagram Atikah Suhaime

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button