Cerita ArtisHiburan

Atikah Suhaime Sibukkan Diri Dengan Kerjaya Lupakan Kekecewaan

Setelah hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Awi Rafael pada Mac lalu, pelakon Atikah Suhaime kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya seninya.

Menurut Atikah, dengan jadual seninya yang kini semakin padat, ia sekurang-kurangnya dapat melupakakan kekecewaan terhadap segala impian yang telah berlalu.

“Alhamdulillah… setakat ni saya memang terima banyak tawaran berlakon. Selain di Malaysia, saya juga kini turut aktif berlakon di Indonesia.

“Sejujurnya, ini adalah masa yang sangat sibuk buat diri saya. Rasanya kalau tidak sesibuk sekarang, mungkin saya akan terfikirkan perkara lalu yang membuatkan saya rasa kecewa,” ujarnya.

Farah berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui semasa majlis pelancaran program raya Astro yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Awi, pelakon kelahiran Singapura itu mengakui mereka masih lagi saling berhubung.

Ujarnya, hubungan mereka berdua juga tetap rapat memandangkan masing-masing sudah berkawan selama tujuh tahun.

“Kalau boleh saya tidak mahu putuskan ikatan persahabatan kami. Saya anggap apa yang berlaku itu memang tiada jodoh kami berdua,” jelasnya.

Menurutnya, buat masa ini dia sememangnya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button