Cerita ArtisHiburan

Atiq Azman Dipertikai Dapat Cucuk Vaksin Pada Hari Sama Dia Mendaftar Di Aplikasi MySejahtera

Pelakon Atiq Azman telah mengundang persoalan ramai apabila mendapat suntikan vaksin Covid-19 pada hari yang sama dia mendaftar di aplikasi MySejatera.

Dalam satu satu gambar yang tersebar, Atiq dilihat baru mendaftar di aplikasi MySejahtera pada 4 Julai lalu, namun telah diberi tarikh untuk mendapat suntikan vaksin pada hari sama.

Ternyata gambar tersebut sekali gus menjadi pertikaian memandangkan masih ramai yang mendaftar di MySejahtera lebih awal, tetapi masih belum lagi mendapat tarikh suntikan.

Bagamainapun, gambar yang dipercayai dimuat naik di Insta Story milik pelakon berkenaan sudah tidak ada lagi.

Sementara itu, menerusi laporan portal mStar, pelakon itu memaklumkan perkara itu mungkin berlaku disebabkan masalah teknikal

Malah, dia juga memberitahu sudah mendaftar di aplikasi berkenaan sejak bulan April lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button