Cerita ArtisHiburan

“Awak Dah Buat Saya Kena Marah & Huru-Harakan Nama Saya…” – Zaki Yamani Siap Kena Sound Dengan Bapa

Anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani menyatakan dirinya telah dimarahi sehingga turut dimarahi bapanya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Zaki berkata satu kenyataan yang viral semalam bukanlah dibuat olehnya, sebaliknya seorang individu yang mempunyai nama yang sama dengannya.

“Kepada pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dah huru hara kan nama saya hari ini.

“Siapa nak jawab bila ayah saya dah sound saya ni,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang individu yang menggunakan nama ‘Zaki Yamani’ telah dikecam gara-gara menulis kenyataan di Twitter yang memohon kepada Allah agar mengambil nyawa Presiden Parti Pas iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ternyatra kenyataan yang dimuat naik di Twitter itu mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan individu itu membuat permohonan maaf.

Dalam pada itu, Zaki turut berkongsi mesej daripada bapanya di What’s App yang meminta dia tidak membuat kenyataan berkaitan politik.

Menerusi mesej itu juga, Jamal turut menasihati anaknya supaya tidak terlalu melampau dan mahu Zaki bersikap berdiam diri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button