Awet Muda, Lee Dong Wook Kongsi Rutin Penjagaan Wajah
Walaupun sudah mencecah usia lewat 30-an, namun ketampanan wajah pelakon Lee Dong Wook menjadi dambaan peminat setianya.
Rupa paras aktor tinggi lampai itu dikagumi kerana tiada satu pun cela di wajahnya.
Berkongsi rutin penjagaan wajah, Dong Wook, 37, berkata dia tidak mempunyai apa-apa rahsia atau petua tersendiri sebaliknya hanya membersihkan wajah setiap kali selepas disolek.
“Pekerjaan saya memang tidak dapat mengelak daripada tidak mengenakan solekan. Namun, apabila sudah habis bekerja saya akan terus membasuh muka dan memakai pelembap bibir sebelum tidur. Ia sangat penting untuk kita menjaga wajah dengan sebaiknya,” katanya dipetik majalah Elle.
Walaupun bergelar public figure, namun Dong Wook mendedahkan dia lebih gemar menghabiskan masa terluang di rumah sekiranya tidak terikat dengan komitmen kerja.
Bekas teman lelaki kepada penyanyi Suzy ini juga sering dipuji kerana mempunyai ketrampilan menarik serta sentiasa menghormati dan merendah diri dengan semua individu yang bekerja di sekelilingnya. – KopiPlanet.com