Cerita ArtisHiburan

Awi Rafael, Atikah Suhaime Sepakat Pilih Tarikh Nikah 17 Mac 2019

Pasangan selebriti Awi Rafael dan Atikah Suhaime sepakat memilih tarikh 17 Mac 2019 sebagai hari penyatuan cinta mereka dan majlis nikah dijadualkan berlangsung di Singapura.

Menurut Awi, pada awalnya mereka mahu diijabkabulkan pada hari ulang tahun kelahiran Atikah yang ke-28 iaitu 15 Mac namun memandangkan tarikh itu jatuh pada hari bekerja, mereka memutuskan untuk disatukan pada 17 Mac.

“Atikah lahir pada 15 Mac, tetapi memandangkan ia jatuh pada hari biasa, jadi kami pilih pada waktu hujung minggu iaitu dua hari selepas ulangtahun kelahiran dia. Insya-Allah majlis nikah dan resepsi akan diadakan di Singapura. Sementara majlis di sini (Kuala Lumpur) pula masih dalam perancangan.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang segala persiapan berjalan lancar. Yang penting-penting seperti tempahan lokasi majlis dan tok kadi, kami sudah buat. Saya berharap ia dipermudahkan dan doakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Awi ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya yang ke-32 tahun di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur hari ini. Majlis itu turut dihadiri tunangnya, Atikah selain kehadiran peminat setia Awi serta pihak pengurusannya, Warner Music.

Menurut Awi atau nama sebenar, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, dia sama sekali tidak akan menghalang Atikah daripada terus menceburi bidang seni biarpun selepas pelakon cantik itu bergelar isterinya kelak.

“Saya sama sekali tidak akan halang kerjaya Atikah malahan saya lagi sokong memandangkan sama-sama terlibat dalam satu industri yang sama. Macam sekarang, dia selalu dapat tawaran berlakon dari Indonesia dan saya gembira untuk dia.

“Kami lebih kurang jalani hubungan jarak jauh bila dia terlibat dengan penggambaran di sana tapi perasaan rindu itu terubat bila kami sentiasa menghubungi satu sama lain.

“Saya tak suka face time dan skype, sebaliknya lebih senang hanya menelefon dan berbual dengannya begitu sahaja. Itu lagi buat kami bertambah rindu,” katanya lagi.

Awi dan Atikah yang sudah berkenalan sejak lapan tahun lalu telah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di Royal Palm Centre, Clarke Quay, Singapura.

Biarpun hanya mulai rapat tiga bulan sebelum bertunang namun Awi yakin Atikah merupakan wanita yang tepat untuk dijadikan sebagai suri hidupnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button