Rancangan TVTV

Ayai Illusi Tersingkir… Tidak Lagi Terus Bersaing Di Pentas All Stars Gegar Vaganza

Saingan All Stars Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Ayai Illusi tersingkir, sekaligus tidak dapat meneruskan saingan di All Stars Vaganza.

Mempersembahkan lagu Pusara Di Lebuh Raya, ternyata penyanyi berkenaan gagal memikat hati juri sehingga berada di kedudukan terbawah.

Dengan penyingkiran tersebut menjadikan tiga bekas juara sudah pun tersingkir iaitu Ayai Illusi (Juara GV1), Aishah (Juara GV4) dan Cliff Umar (Juara GV7).

Sementara itu, Liza Hanim yang menyanyikan lagu Kembali Terang telah muncul sebagai juara mingguan, mengatasi Naqiu yang berada di kedudukan naib juara.

Jaclyn Victor yang berada di kedudukan ke-10 pada minggu lalu kembali bangkit apabila meraih tempat ketiga yang mempersembahkan lagu Perpisahan. – KopiPlanet.com

Tema Minggu Ke-6 (No Retreat No Surrender – Pilihan Netizen)

  1. Rembulan – Liza Hanim (70.50 peratus)
  2. Bernafas Dalam Lumpur – Naqiu (69.75 peratus)
  3. Bencinta – Jaclyn Victor (69.00 peratus)
  4. Cinta Dalam Hati – Nikki Palikat (67.75 peratus)
  5. Arjuna – Aliff Aziz (66.75 peratus)
  6. Cinta Tersimpul Rapi – Siti Nordiana (66.25 peratus)
  7. Episod Cinta – Tomok (65.50 peratus)
  8. Pria Terhebat – Ezad Lazim (64.00 peratus)
  9. Hati – Hady Mirza (62.75 peratus)
  10. Bilang Saja – Azharina (62.50 peratus)
  11. Noryn Aziz – Seribu Impian (60.75 peratus)
  12. Kau Pergi Juga – Zamani (53.75 peratus)
  13. Ayai Illusi – TERSINGKIR (53.00 peratus)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button