Cerita ArtisHiburan

Azah Aziz Menangis Kegembiraan Dapat Bertemu Abangnya Setelah 20 Tahun Tidak Berjumpa

Pelakon drama popular era 90-an, Azah Aziz berkongsi kegembiraan apabila telah bertemu dengan abangnya setelah 20 tahun tidak berjumpa.

Dalam perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, pelakon berkenaan yang kini pulang ke Malaysia juga dilihat mengalirkan air mata ketika pertemuan berkenaan.

“Perjumpaan semula dengan kakak dan abang saya. Pertemuan yang sangat emosi sebab saya tak berjumpa dengan abang saya selama 20 tahun.

“Dan kakak saya selama empat tahun, dia kelihatan sangat seperti arwah ibu saya. Dan memang sudah tentu saya menangis,” kongsinya.

Selain berkongsi tentang pertemuan dengan ahli keluarganya, Azah juga turut memuat naik gambar pertemuan dengan rakan artis iaitu Sharifah Shahirah.

Pelakon kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah dan kemudian menetap di Montreal, Kanada.

Menerusi perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aaron, Ryan dan Justin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button