Cerita ArtisHiburan

Azhan Rani Takut Orang Menyampah Dengan Watak Ustaz Lakonannya

Pelakon Azhan Rani berkata dia kini sedang cuba untuk berhenti daripada mengambil tawaran melakonkan watak sebagai seorang ustaz buat sementara waktu.

Langkah itu diambilnya kerana bimbang sekiranya ada peminat yang sudah mula bosan dan menyampah melihat watak ustaz yang dilakonkannya.

“Saya rasa mungkin selepas ini perlu berhenti buat sementara waktu untuk membawa watak sebagai ustaz.

“Tapi kalau ada tawaran nak bawa watak ustaz selepas ini tidaklah saya menolak terus sebaliknya saya cuma akan berehat sebentar, takut orang bosan pula kalau saya ambil watak ustaz saja,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Azhan ditemui pada majlis tayangan perdana filem Kalla: Hidup Atau Mati yang diadakan di GSC Signature The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lakonan Azhan mula mendapat perhatian ramai selepas wataknya sebagai seorang ustaz munafik, Ustaz Syed Hamadi menerusi drama fenomena Nur ditayangkan pada bulan Ramadan lalu.

Azhan sekali lagi akan dipertanggungjawabkan untuk meneruskan watak Ustaz Syed Hamadi untuk drama Nur 2 yang akan memulakan penggambarannya Disember ini.

Sentiasa sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan, Azhan, 42, memanjatkan kesyukuran di atas rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.

“Saya tak rasa tahun ini tahun saya sebaliknya Allah dah susun ini untuk saya. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan karier saya,” ujarnya yang kini terlibat dengan penggambaran drama kerohanian, 13 Khurafat.

Filem Kalla: Hidup Atau Mati memperlihatkan Azhan memainkan watak sebagai inspektor polis yang membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu konflik keganasan yang merupakan intipati filem tersebut.

Selain Azhan, filem itu turut dibintangi Faizal Hussein, Vanidah Imran, Farali Khan, Adam Shahz dan Farah Ahmad. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button