Azhan Rani Terima Positif Drama Nur Hanya Ditayangkan Satu Episod Di Saluran TV Indonesia
Salah seorang pelakon drama bersiri Nur, Azhan Rani menerima dengan positif apabila drama berkenaan hanya ditayangkan sebanyak satu episod sahaja di sebuah saluran TV di Indonesia.
Berkongsi di Instagram miliknya, Azhan memberitahu ia adalah satu hakikat yang dilalui.
“Jujurnya sebagai salah seorang yang terlibat dalam naskah ini aku positif dengan hakikat ni.
“Sekurang-kurangnya dapat mengekang rasa puas hati dalam diri. Riak walaupun sesaat itulah perkara yang paling aku takuti di sebalik puji. In shaallah kita bikin lagi baik dalam naskah lain nanti @budakijat & @radiusone_official,” tulisnya.
Memegang watak sebagai Ustaz Madi dalam drama bersiri berkenaan, Azhan menyatakan seperti yang dinyatakan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, Nur dan Nur 2 dihasilkan untuk selera penonton Malaysia.
Bagaimanapun, ujarnya lagi ia tidak seharusnya membuatkan dirinya rasa kecewa dan akan meningkatkan lagi usaha.
“Macam @budakijat cakap karya #nur dan #nur2 memang dibikin untuk hidangan penonton malaysia. Dah tentu selera penonton kita berbeza dengan negara sana. Tapi tak bermakna kita perlu rasa down dan tak mau untuk tingkatkan usaha.
“Inshaallah kita mampu. apapun sebaik2 puji bukanlah untuk kita tapi buat Allah yang Maha Esa. yang terbaik kita berbalik pada nawaitu dan amanah kita dalam karya ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com