Cerita ArtisHiburan

Azmi Saat Bakal Bergelar Bapa, Umum Isterinya Kini Sedang Hamil Empat Bulan

Penyanyi Azmi Saat yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers mengumumkan bahawa isterinya, Nazirah Muhammad kini sedang hamil empat bulan.

Berita gembira tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Azmi sebaik selesai rancangan Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) malam tadi, di mana dia bersama kumpulannya iaitu Heart muncul juara.

“Sebenarnya saya sudah mengetahui isteri hamil sejak dua bulan lalu, cuma saya tidak beritahu kepada sesiapa kerana ketika itu berasa masih terlalu awal.

“Ini pun saya beritahu kepada ahli kumpulan Heart sehari sebelum MLS 2 berlangsung apabila isteri saya dimasukkan ke hospital akibat mengalami sesak nafas,” ujarnya.

Azmi berkata, ini merupakan kehamilan kedua buat isterinya setelah kali pertama kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, dia memberitahu ketika itu dia dan isteri tiada rezeki setelah mengalami keguguran.

“Sudah saya teruja dengan kehamilan kedua ini, apatah lagi kami sudah menanti selama 10 tahun untuk dapat cahaya mata.

“Mengenai jantina anak pula saya tidak kisah, malah kami sudah ada nama bayi yang akan dilahirkan isteri saya nanti, iaitu satu nama untuk anak lelki dan satu nama untuk anak perempuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu tahun ini cukup bermakna buat dirinya dengan rezeki yang tidak diduga.

Jelasnya, selain bakal mendapat cahaya mata, dia baru sahaja memenangi MLS 2 serta akan berpindah ke rumah baharu yang telah dibelinya tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
7
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button