
Diva Azwan Ali Naik Hantu Kena Tipu
Selebriti popular tanah air, Azwan Ali meluahkan rasa amarahnya menerusi laman sosial miliknya apabila ditipu seorang individu yang mengaku dirinya pengurus kepada sebuah restoran steamboat.
Dalam post yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, diva popular tanah air itu menunjukkan satu mesej daripada individu bernama Azman Jantan yang mengajaknya makan secara percuma di restoran tersebut yang terletak di Putra Height.
Dalam salah satu video yang dimuat naik di Instagramnya itu juga, Azwan dilihat agak terkejut apabila pekerja restoran berkenaan menyerahkan bil yang berjumlah RM1186.00 kepadanya.
“JANJI DGN AKU? MAKAN FREE? TOLONG LAH TEMPAT NI! SAPA AZMAN JANTAN? DIVA AA MAMPOO JE BAYAR! BUT I WONT PAY! FOR WHAT!”
Biarpun dilihat berang pada mulanya, namun Azwan meminta supaya tidak menyalahkan restoran berkenaan apabila menyedari dirinya telah di scam (tipu) oleh individu berkenaan.
Dalam mesej yang dihantar oleh Azman Jantan, dia yang mengaku sebagai pengurus restoran berkenaan mengajak selebriti tersebut makan secara percuma.
Tidak datang berseorangan, Azwan turut mengajak rakan-rakannya yang lain iaitu seramai 18 orang, termasuk rakan artis dan penyampai radio.
Malah, sumber terdekat KopiPlanet.com juga menyatakan bahawa kejadian tersebut bukannya prank, tetapi selebriti itu memang benar-benar ditipu. – KopiPlanet.com.
*kredit gambar: Instagram Azwan Ali