Cerita ArtisHiburan

“Badan Saya Sangat Penat, Tetapi Otak Saya Tidak” – Janna Nick Muat Naik Video Menangis, Akui Perlukan Rehat

Pelakon popular Janna Nick telah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik videonya sedang menangis.

Janna berkata, dirinya sangat penat kerana jadualnya yang padat sehingga hujung tahun dan memerlukan rehat, namun otaknya terus berfikir berkenaan kerja.

“Badan saya sangat penat, tetapi otak saya tidak. Bayangkan duduk seorang diri tanpa berbuat apa-apa tetapi dalam kepala anda ada 5/6 suara yang memberikan idea berbeza untuk terus bekerja.

“Malah pada waktu yang saya perlukan rehat, otak saya akan memaksa untuk saya fikir, fikir dan fikir lebih banyak lagi,” tulisnya.

Ujar Janna, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang ini, namun otaknya sahaja yang tidak membenarkan dirinya untuk berehat.

Jelasnya, dia meminta agar orang lain tidak risau dengan keadaan dirinya dan akan cuba untuk menyelesaikan sendiri masalahnya.

“Saya tidak perlukan pandangan sesiapa, saya tidak perlukan sesiapa untuk memahami saya. Yang saya perlukan hanyalah rehat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
4
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button