Cerita ArtisHiburan

“Baik Korang Tak Payah Buat Semak Lagi La Dekat Kawasan Banjir Tu…” – Farawahida Beri Amaran Supaya Tidak Datang Jika Sekadar Mahu Lihat Tempat Banjir

Penyanyi popular Farawahida memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak datang ke lokasi jika sekadar mahu melihat-lihat tempat yang mengalami banjir.

Tegasnya, mangsa banjir ketika ini lebih memerlukan bantuan seperti menolong mengemas dan mencuci rumah serta barang-barang keperluan.

“Sapa-sapa nak datang Hulu Langat tapi nak datang tengok-tengok tempat banjir, and takda niat nak menolong, baik korang tak payah buat semak lagi la dekat kawasan banjir tu.

“Dorang tu hanya memerlukan bantuan and man power untuk menolong kemas/cuci rumah dorang. Setakat korang datang nak ambil gambar video, nak buat content TikTok kepala bana korang tu, takyah menyemak lagi datang Hulu Langat ok,” luahnya menerusi satu posting di Instagram.

Penyanyi berkenaan kini menetap di Hulu Langat dan rumahnya antara yang mengalami banjir sejak beberapa hari yang lalu.

Tegasnya lagi, kotika ini laluan masuk di kawasan tersebut mengalami kesesakan sehingga menyukarkan penduduk untuk membeli barang keperluan serta pihak yang mahu menyalurkan bantuan.

“Jalan pun makin jammed, susah orang sana nak keluar masuk beli barang keperluan, susah orang yang bebetul nak bagi bantuan tu datang.

“Yang datang pun nak ambik gambar/video je baik duduk la dekat rumah, bodoh tu simpan sikit jangan bawak keluar semua,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button