Cerita ArtisHiburan

Bakal Guru Muzik, Aliff Iskandar Gembira Perit Dapat Sambutan Hangat

Bagi yang mengikuti siri drama Perempuan Tanpa Dosa, pastinya tertanya-tanya siapakah gerangan penyanyi mendendangkan lagu Perit yang juga menjadi runut bunyi drama berkenaan.

Hanya baru-baru ini sahaja identiti serta wajah penyanyi berkenaan didedahkan dalam satu majlis pelancaran muzik video rasmi lagu berkenaan.

Individu di sebalik lagu tersebut adalah Aliff Iskandar, seorang bakal guru muzik yang berusia 20 tahun dan kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut mengenai lagu berkenaan, Aliff meluahkan rasa syukur apabila lirik video yang dihasilkan sebelum ini mendapat sambutan hangat dengan hampir 200,000 tontonan.

“Sebagai pendatang baharu pastinya saya gembila apabila Perit diterima ramai dengan lagu serta lirik yang menggamit perasaan pendengar.

“Apabila lagu ini diterima ramai, sudah tentu ia akan membangkitkan semangat saya untuk menghasilkan lebih banyak lagu,” ujarnya.

Menurut Aliff, lagu ini dihasilkan sendiri olehnya manakala liriknya pula dihasilkan oleh Iman Imran dan ia berdasarkan kepada novel Perempuan Tanpa Dosa hasil karya Fatinilam Sari Ahmad.

Sebelum ini, pengarah drama berkenaan iaitu Micheal Ang dan Indigital Music telah membuat pencarian bakat baharu untuk menyanyikan runut bunyi berkenaan.

Menerusi ratusan penyertaan yang diperoleh, ternyata Aliff telah berjaya mengenepikan peserta lain seterusnya merakamkan lagu berkenaan.

“Sudah tentu saya terkejut kerana terpilih untuk menyanyikan runut bunyi drama ini. Apatah lagi ini pula memang lagu saya sendiri, sudah pasti keterujaan itu berganda.

Video muzik rasmi Perit telah dilancarkan pada 12 November lalu menerusi saluran YouTube Indigital Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button