Cerita ArtisHiburan

Bakal Keluar Single, Zara Zya Sedia Jika Nyanyian Dikecam

Bakal muncul dengan sebuah single, pelakon Zara Zya mengakui bersedia menghadapi kritikan dan kecaman daripada orang ramai mengenai mutu dan kualiti vokalnya.

Menurut aktres berusia 33 tahun itu, dia akan tampil dengan single berjudul Hilang yang akan dilancarkan selepas raya nanti. Single pertamanya itu dicipta oleh komposer Fauzi Aisunam manakala liriknya pula oleh Iman Imran.

“Saya akan keluar dengan single baharu yang akan siap tak lama lagi. Sekarang ia masih dalam proses untuk menambah baik lagi.

“Selagi apa bakat yang saya boleh jual, memang saya akan cuba. Walaupun saya bukanlah seorang penyanyi tapi tak salah untuk saya memeriahkan lagi industri nyanyian.

“Mengenai kritikan yang bakal diterima, terus-terang cakap saya memang dah bersedia untuk itu. Kalau orang boleh terima, saya akan teruskan dan kalau tak boleh terima, mungkin saya akan hentikan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Monalisa di Hotel Pullman, Putrajaya semalam.

Menerusi drama adaptasi dari Korea Selatan itu, Zara digandingkan bersama Nazim Othman, Mona Allen dan Hafreez Adam.

Drama 80 episod itu akan mula ditayangkan mulai 20 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105).

Sementara itu, ketika ditanya adakah dirinya merasa tergugat dengan kemunculan wajah-wajah baharu dalam bidang seni lakon, Zara menjawab, dia sama sekali tidak berasa bimbang mengenai perkara itu.

Sebaliknya, dia gembira melihat kemunculan pelapis-pelapus baharu yang sekali gus dapat memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.

“Industri memang perlu ada pelapis. Kalau asyik muka kita sahaja, orang pun akan bosan.

“Saya suka tengok lakonan mereka di tv sebabnya pelapis-pelapis baharu ini rajin buat homework mengenai watak dan ini memang satu perkembangan yang baik untuk industri,” ujarnya lagi.

Selain aktif berlakon dan menyanyi, Zara juga semakin sibuk dengan perniagaan produk kecantikan losyen serta gincu dan terbaharu dia akan melancarkan jenama kanta lekap dalam masa terdekat ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Zara Zya

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button