Cerita ArtisHiburan

Bakal Muncul Dengan Filem Sulung, Ahirine Ahirudin Sedia Terima Kritikan Penonton

Mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan setelah bergelar seorang wartawan penyiaran, pelakon baharu Ahirine menyatakan dirinya sedia menerima kritikan penonton untuk lakonannya dalam filem Gadis Jolobu The Movie.

Ahirine berkata, sebagai seorang pendatang baharu memenang terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang.

“Gadis Jolobu The Movie merupakan filem kedua lakonan saya selepas Remp-IT 2, tetapi yang pertama akan ditayangkan di pawagam.

“Boleh dikatakan agar berdebar juga untuk menunggu reaksi penonton. Apapun saya tetap bersedia dengan segala kritikan supaya saya boleh perbaiki lagi lakonan saya pada masa akan datang,” ujarnya.

Ahirine berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Gadis Jolobu The Movie yang berlangsung pada minggu lalu.

Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam filem berkenaan, dia berkata ia satu pengalaman yang sangat bermakna dalam kariernya sebagai pelakon.

Malah, dia berasa bertuah dapat bergandingan dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Hattan, Joey dan Khir Rahman yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Kalau ditanya tentang cabaran pula, sudah tentu ia membabitkan penggunaan bahasa apabila saya perlu bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, ia dapat diatasi dengan bantuan yang diberikan pelakon seperti Datuk Hattan yang merupakan kelahiran Negeri Sembilan,” ujarnya.

Filem arahan CL Hor terbitan Zebra Studio itu akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Ogos ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button