Cerita ArtisHiburan

Bapa Krisdayanti Meninggal Dunia, Tidak Dapat Temani Bapanya Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Bapa kepada peyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali pada petang semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Krisdayanti menerusi Instagram miliknya dan memohon semua mendoakan Allahyarham bapanya agar ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang bapa kami dalam usia 79 tahun.

“Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” tulisnya.

Namun begitu, penyanyi berkenaan tidak memaklumkan sebab kematian bapanya itu.

Pada posting sama, Krisdayanti yang popular menerusi lagu hit Menghitung Hari turut memohon maaf kerana tidak dapat menemani dan berada di sini bapanya.

Menerusi perkongsian sama, isteri kepada usahawan Raul Lemos itu turut memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Hantaran Krisdayanti mengundang kesedihan dalam kalangan netizen dan rakan-rakan artis termasuk dari Indonesia dan Malaysia.

Antara yang mendoakan dan menitipkan salam takziah ialah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cef Wan, Melly Goeslaw, Titi Kamall dan menantu Krisdayanti, Atta Halilintar. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button