Cerita ArtisHiburan

Datuk Vida Dikecam Riak Mandi Dengan Duit

Pengusaha produk kecantikan, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dikecam riak oleh netizen gara-gara gambarnya bermandikan wang di sebuah tub mandi dikongsikan di media sosial.

Gambar itu dipercayai merupakan satu satu babak dalam muzik video rasmi lagu hits Vida berjudul I Am Me.

Foto terbabit dikongsikan individu yang terlibat dalam belakang tabir muzik video tersebut di laman sosialnya.

Antara komen netizen, @aminkurt menulis, “Aku rasa Dato Vida ni kaya sampai lupa tuhan. Yelah kan walaupun tu muzik video lagu dia tapi tak payah la buat beria sangat. Membazirkan amalan syaitan.”

@cyber_rina pula menulis, “perompak pun takut duit banyak sangat. Allahi Rabbi takut sangat jatuh, kenapa riak.”

Vida juga sempat berkongsikan sebuah video memaparkan aksinya dalam muzik video yang masih dalam pembikinan itu.

Muzik video yang bertemakan warna kegemaran Vida iaitu merah jambu dikatakan bakal menemui peminatnya dalam masa terdekat ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button