HiburanSelebriti

Baru Dua Hari Kehilangan Ayah Tercinta, Ustaz Ebit Lew Terus Sambung Buat Kerja-Kerja Kebajikan

Baru sahaja kehilangan ayah tercinta dua hari yang lalu, Ustaz Ebit Lew dilihat kembali menyambung melakukan kerja-kerja kebajikan.

Yang terbaharu, beliau telah hadir merasmikan Pusat Penilaian Covid-19 di Titiwangsa, sambil menghulurkan sumbangan.

“Syukur sangat. Berat melihat keadaan Malaysia dari hari tu masa dekat Palestin. Tak sabar nak buat sesuatu di Malaysia. Hari ini merasmikan Pusat Penilaian Covid 19 di Titiwangsa. Pusat penilaian dan tempat sementara menanti dihantar ke Maeps dll.

“Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan canvas bed 100 unit, PPE 200 unit, Laptop 3 unit, Tablet Tab A 10 unit, Kipas 10 unit, Kerusi Plastik, Meja Plastik, Glove 50 kotak,” kongsi beliau.

Pada masa sama, Ebit Lew turut meluahkan rasa terharu atas pengorbanan petugas barisan hadapan yang banyak membantu.

“Terharu sebak sangat dengan pengorbanan Dr, Jururawat, MA, Petugas KKM, Sukarelawan bagi membantu misi negara ini. Besarnya pengorbanan mereka. Setiap hari pakai baju PPE. Kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah. Semoga Allah beri kekuatan pada semua Doktor, Nurse, MA, dan frontliner Negara. 

Terima kasih Dr Nor Maizura dan team. Terharu dapat sijil penghargaan KKM dan Kek. Terima kasih. Ya Allah angkatlah covid 19 dari negara kami. Bantulah mereka yang memerlukan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button