Cerita ArtisHiburan

Baru Lapan Hari Berpantang Lepas Bersalin, Wawa Zainal Pakai Kasut Tumit Tinggi Ke Pejabat

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal membuat kejutan apabila kembali ke pejabat meskipun masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 30 November lalu.

Menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Wawa tampil menggayakan baju labuh serta berkasut tumit tinggi, malah memandu sendiri ke pejabatnya.

“Hari kelapan pantang dan singgah pejabat sekejap periksa stock perfume (minyak wangi) yang baru mendarat di ibu pejabat.

“Alhamdulillah sambutan luar biasa yela customer @wawacosmeticshq da lama sgt ternanti nanti perfume saiz besar ni kan😍🔥 sumpah wangi,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan kehebatan Wawa mampu mendapatkan bentuk badan ideal dalam tempoh yang singkat.

Pun begitu, ada juga dalam kalangan netizen yang tidak setuju dengan tindakan Wawa yang sudah ke hulur ke hilir walaupun belum habis berpantang sepenuhnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
4
+1
4
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button